• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 May 2026 | 11:31 PM

Penunggang Basikal Maut Jadi Mangsa Langgar Lari Di Jalan Stutong, Kuching

KUCHING - Pihak polis kini giat mengesan pemandu sebuah kenderaan yang terlibat dalam satu kes kemalangan maut langgar lari di Jalan Stutong, awal pagi Jumaat (1 Mei).

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 5.43 pagi melibatkan seorang penunggang basikal lelaki warga tempatan berusia 56 tahun.

Siasatan awal mendapati mangsa telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya.

Akibat pelanggaran kuat tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak pada jam 6.30 pagi.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000.

Pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat atau rakaman dashcam di lokasi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #LanggarLari #JalanStutong #PolisKuching

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok