• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 May 2026 | 10:14 AM

Kemenangan Ke Atas Terengganu FC, Cerminan Ke Arah Sesuatu Yang Lebih Besar Dalam Saingan Liga

Kuching – Kebangkitan Kuching City FC (KCFC) mencatat kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC dalam aksi Liga Super malam tadi, memperlihatkan kematangan pasukan yang semakin berkembang musim ini.

Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak menyifatkan kemenangan tersebut sebagai bukti keupayaan pasukan mengharungi tekanan, terutama dalam situasi persaingan sengit yang belum pernah dialami sebelum ini.

Menurut beliau, KCFC kini bukan sekadar memburu kemenangan perlawanan, malah menetapkan cabaran lebih besar termasuk memburu peluang ke pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Dengan tekanan besar seperti itu yang dihadapi, beliau menegaskan pasukannya akan terus bekerja keras dengan usaha maksimum untuk memenangi setiap perlawanan.

Katanya, kejayaan pasukan ketika ini tidak bergantung kepada individu semata-mata, sebaliknya hasil kekuatan kolektif semua pihak.

Ia termasuk komitmen tinggi semua pemain dan barisan kejurulatihan serta sokongan berterusan pihak pengurusan dan penyokong.

Pada masa sama, jadual perlawanan serta perjalanan yang padat dilihat sebagai cabaran besar yang menuntut kekuatan mental tinggi dalam kalangan pemain.

Walaupun begitu, situasi tersebut dianggap sebagai pengalaman berharga yang mampu membantu pasukan terus berkembang dan meningkatkan prestasi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas perlawanan menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super di Kuching, malam tadi.

Mengulas lanjut menganai perlawanan, Aidil berkata, pasukannya tampil untuk men<span;>cuba pendekatan serangan di bahagian tepi.

Namun strategi itu dilihat kurang berkesan pada separuh masa pertama yang membawa kepada jaringan pihak lawan.

Untuk itu, perubahan taktikal pada separuh masa kedua menjadi titik perubahan dengan kemasukan Gebriel Nistelrooy serta penyesuaian posisi Yuki Tanigawa di bahagian tengah berjaya mengimbangi permainan.

Setelah itu, KCFC kemudian dilihat menguasai perlawanan dengan lebih baik dan berjaya mengekang hampir keseluruhan ancaman Terengganu.

Dari segi persembahan, beliau menyifatkan anak buahnya mempamerkan aksi yang berkualiti dan berdisiplin, sekali gus layak meraih kemenangan tersebut.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok