MUKAH - Seni kraftangan tradisi masyarakat Melanau terus mendapat perhatian dalam usaha mengekalkan identiti budaya menerusi penganjuran Bengkel Tapow Melanau bersempena Pesta Kaul 2026.
Majlis penutupan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib pada Khamis 30 April.
Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta sebagai penghargaan atas dedikasi mereka mempelajari seni anyaman topi tradisional tersebut.
Dato Hajjah Hanifah menegaskan bahawa penganjuran bengkel seumpama ini merupakan langkah proaktif bagi memastikan warisan budaya Melanau tidak hilang ditelan zaman.
Beliau turut menyeru penglibatan lebih ramai generasi muda untuk menguasai seni pembuatan Tapow, yang kini bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung kepala, malah telah diangkat sebagai cenderamata eksklusif dan simbol identiti unik masyarakat Melanau.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PestaKaul2026 #TapowMelanau #WarisanSarawak #HanifahHajarTaib
Back