PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan permohonan pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi kenderaan pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak, dan Labuan akan dibuka secara rasmi mulai 4 Mei ini.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui portal MySubsidi (mysubsidi.kpdn.gov.my) bermula jam 9 pagi. Inisiatif ini membolehkan syarikat pengangkutan darat barangan yang berkelayakan menikmati harga subsidi diesel pada kadar RM2.15 seliter.
Antara syarat utama kelayakan termasuklah mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah, berdaftar dengan LPKP Sabah atau Sarawak, serta tersenarai dalam 23 kategori kenderaan yang diluluskan.
Pembelian diesel bersubsidi ini akan dilaksanakan sepenuhnya menggunakan kaedah fleet card daripada syarikat minyak pilihan (maksimum tiga syarikat).
KPDN mengingatkan pemohon supaya memastikan LKM atau cukai jalan dikemas kini sebelum 28 hari bulan setiap bulan bagi menjamin kelangsungan kelayakan subsidi untuk bulan berikutnya. Tempoh pemprosesan fleet card dianggarkan mengambil masa dua hingga tiga minggu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KPDN #SKDS #DieselBersubsidi
Back