KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru para majikan di seluruh negara agar lebih prihatin dan menunjukkan sikap ihsan dalam membela nasib pekerja, selari dengan kemajuan ekonomi negara yang kini berada pada tahap membanggakan.
Ketika menyampaikan amanat Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 hari ini, beliau menegaskan bahawa pembangunan pesat, pelaburan tertinggi, dan pengukuhan nilai ringgit tidak akan bermakna sekiranya golongan pekerja bawahan dan pertengahan terus terpinggir daripada menerima pembelaan sewajarnya.
Beliau turut membangkitkan isu jurang pendapatan di mana terdapat syarikat gergasi yang mencatatkan keuntungan mencecah bilion ringgit, namun sukar untuk memberikan kenaikan gaji yang kecil kepada kakitangan.
Anwar menegaskan bahawa Kerajaan MADANI akan terus menjadikan isu gaji sebagai agenda utama, selepas kejayaan menaikkan gaji minimum GLC kepada RM3,000 sebelum ini.
Beliau menjelaskan bahawa tuntutan ini bukan bertujuan melumpuhkan daya saing syarikat, sebaliknya untuk memastikan keadilan sosial buat mereka yang berkorban demi produktiviti negara, termasuk pekerja pembersihan, petani, dan nelayan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HariPekerja2026 #AnwarIbrahim #KebajikanPekerja #PekerjaNadiNegara
Back