• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

01 May 2026 | 04:27 PM

Hari Pekerja 2026: Kerajaan Perkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin Sokong Tenaga Buruh Wanita

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pengenalan Elaun Pasca Cuti Bersalin sebagai inisiatif terbaharu bagi menyokong kebajikan pekerja wanita dan memastikan kesinambungan kerjaya mereka selepas melahirkan anak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 hari ini berkata, langkah tersebut diambil bagi menangani trend penurunan penyertaan wanita dalam tenaga buruh akibat komitmen materniti.

Katanya, inisiatif ini akan dilaksanakan melalui pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Di bawah skim ini, ibu yang diinsuranskan layak menerima bantuan kewangan secara sekali beri (one-off) pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan. Elaun ini bertujuan menampung tempoh cuti tambahan sehingga 30 hari yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin wajib selama 98 hari.

"Kita tidak mahu ibu berasa terpaksa berhenti kerja kerana tekanan selepas bersalin. Kerajaan komited memperkasakan wanita sebagai pemacu ekonomi negara," jelas beliau.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita di seluruh negara, sekali gus memperkukuh agenda kesejahteraan sosial Madani.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #HariPekerja2026 #CutiBersalin #WanitaMadani

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok