KUCHING - Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, hari ini melancarkan kempen perayaan "Harvest in Unity" yang menawarkan potongan harga sebanyak 20 peratus bagi tambang biasa ke semua 21 destinasi di bawah rangkaian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).
Inisiatif ini diperkenalkan bagi meringankan beban kos perjalanan ribuan penduduk Sabah dan Sarawak yang merancang untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata, kempen ini merupakan manifestasi komitmen syarikat dalam memastikan jarak bukan lagi penghalang bagi penyatuan keluarga di kawasan pedalaman.
Promosi ini ditawarkan untuk tempoh jualan bermula 1 hingga 5 Mei 2026, manakala tempoh perjalanan yang ditetapkan adalah dari 23 Mei hingga 7 Jun 2026.
Selain memfokuskan kepada kelancaran operasi pada musim puncak, AirBorneo turut menekankan aspek nilai warisan budaya menerusi penyediaan akses pengangkutan yang stabil dan diyakini.
Orang ramai digalakkan untuk melakukan tempahan awal melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih AirBorneo bagi memastikan ketersediaan tempat duduk.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #AirBorneo #HarvestInUnity #Gawai2026 #Kaamatan2026
Back