• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 April 2026 | 04:39 PM

Wajah Baharu Bulatan Bintawa, Bakal Jadi Tarikan Baharu Pelancongan di Kuching

Kuching — Projek mencantikkan Bulatan Bintawa di Kuching kini diteruskan untuk fasa dua dan tiga dan dijangka siap sepenuhnya dalam tahun ini.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, inisiatif tersebut merupakan usaha untuk menjadikan kawasan itu sebagai sebuah lagi produk pelancongan baharu di bawah pentadbiran MBKS.

Menurut beliau, pelaksanaan fasa pertama projek itu telah siap dengan kos dianggarkan sekitar RM40 Ribu, yang menumpukan kepada naik taraf struktur sampan sebagai elemen utama.

Kini, projek berkenaan diteruskan ke fasa dua yang memfokuskan kepada pembinaan laluan pejalan kaki, diikuti fasa tiga yang melibatkan pemasangan lampu.

Beliau menjelaskan, anggaran kos keseluruhan projek itu adalah di bawah RM100 Ribu dan dibiayai sepenuhnya melalui tajaan.

Katanya, beberapa aspek sokongan lain turut diberi perhatian, termasuk penyediaan kemudahan parkir sementara bagi menampung kehadiran pelawat.

Buat masa ini, perbincangan sedang dijalankan dengan pihak berkaitan untuk menggunakan kawasan berhampiran sebagai lokasi parkir alternatif.

Sehubungan itu, beliau berharap projek tersebut akan memberi impak positif kepada sektor pelancongan tempatan.

Selain itu, ia juga diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada komuniti setempat untuk terlibat secara langsung dalam usaha memperindah kawasan masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Projek Mencantikkan Bulatan Bintawa, Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok