JULAU - Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Julau yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau, pada Selasa lalu 28 April .
Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas daripada DSP Alif Haiqal Ramesh bin Abdullah kepada Inspektor Marson Lawai.
DSP Alif Haiqal melepaskan jawatannya secara rasmi bagi memulakan kerjaya baharu bersama Sarawak Energy Berhad (SEB).
Selain jawatan KPD, majlis turut melibatkan peralihan jawatan Pengerusi PERKEP IPD Julau.
Kehadiran Datuk Mohamad Zainal dalam lawatan kerja tersebut mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi PDRM dalam memastikan kelancaran tadbir urus serta kesinambungan perkhidmatan keselamatan yang efektif di peringkat daerah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil jabatan, agensi kerajaan, serta pemimpin masyarakat setempat.
Sumber: IPD Julau
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDJulau #KPDJulau #SerahTerimaTugas
Back