• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 April 2026 | 03:37 PM

Seniwati Tersohor Maria Menado Meninggal Dunia Pada Usia 94 Tahun

KUALA LUMPUR - Dunia seni tanah air hari ini diselubungi duka dengan berita pemergian bintang legenda filem Melayu, Seniwati Datuk Seri Maria Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Maria Menado.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua pada usia 94 tahun di sebuah hospital di Damansara, kira-kira jam 12.25 tengah hari tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, mengesahkan bahawa Allahyarham meninggal dunia dengan ditemani ahli keluarga terdekat.

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara petang ini untuk urusan solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Asar.

Dilahirkan di Indonesia, Maria Menado merupakan ikon perfileman Melayu pada era 1950-an hingga awal 1960-an. Beliau menempa nama menerusi lebih 20 buah filem, termasuk lakonan ikoniknya dalam filem Pontianak yang membolehkannya merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia 1957.

Sepanjang kerjayanya, beliau bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat besar, malah turut menceburkan diri dalam bidang penerbitan filem.

Persatuan Seniman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MariaMenado #Belasungkawa #SeniwatiNegara

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok