LUNDU – Penduduk di kawasan Tanjung Purun perlu menyelesaikan urusan pembaharuan hak milik tanah mereka selewat-lewatnya 19 Mei ini.
Perkara itu dimaklumkan Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Kuching, Awang Nazri Awang Saperi dalam satu sesi dialog di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu hari ini, yang memberi penjelasan terperinci mengenai proses pemberimilikan semula lot-lot tanah kepada pemilik asal.
Katanya, kerajaan telah memberi kelulusan, namun tindakan susulan daripada pemilik tanah dan waris amat penting bagi memastikan proses berjalan lancar.
Menurut beliau, semua urusan berkaitan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari iaitu bermula 20 April hingga 19 Mei 2026.
Tambah Awang Nazri, kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan kesulitan pada masa hadapan.
Beliau turut mengingatkan agar pemilik dan waris tidak berlengah dalam menguruskan dokumen yang diperlukan, memandangkan tempoh yang diberikan adalah terhad.
Ia merupakan peluang penting kepada penduduk untuk mengesahkan semula hak milik tanah mereka, di samping memastikan status pemilikan kekal terjamin.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back