• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 April 2026 | 12:19 PM

Tentera Laut Israel Pintas Kapal Misi Bantuan Global Sumud Flotilla Di Perairan Antarabangsa

ISTANBUL - Tentera laut Israel dilaporkan telah memintas konvoi kapal dari Global Sumud Flotilla di perairan antarabangsa berhampiran Pulau Crete, Greece, lewat malam Rabu ketika dalam perjalanan menuju ke Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan Global Sumud Flotilla, bot tentera Israel bertindak mengepung 11 buah kapal yang membawa bantuan kemanusiaan serta memutuskan semua saluran komunikasi konvoi berkenaan.

Pasukan tentera laut Israel turut dilaporkan mengacukan senjata ke arah kira-kira 1,000 aktivis dari pelbagai negara yang berada di atas kapal bagi menghalang misi memecahkan sekatan laut tersebut.

Pihak penganjur menegaskan bahawa tindakan ketenteraan ini tidak akan membungkam tuntutan keadilan bagi rakyat Palestin. Mereka turut menyeru masyarakat antarabangsa dan kerajaan-kerajaan dunia untuk mengambil tindakan segera bagi melindungi kapal-kapal bantuan tersebut serta menuntut akauntabiliti daripada pihak Israel.

Misi ini bertujuan untuk membuka koridor kemanusiaan melalui laut bagi menyalurkan bantuan kepada 2.4 juta penduduk Gaza yang terjejas teruk akibat sekatan yang berlarutan sejak tahun 2007.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #GlobalSumudFlotilla #Gaza #Palestin #HumanitarianMission

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok