• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 April 2026 | 11:46 AM

Polis Bau Tumpaskan Geng Pecah Rumah Kebun; Pasangan Muda Ditahan, Myvi Disita

BAU - Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau berjaya menumpaskan aktiviti jenayah pecah rumah di sekitar kawasan Singai susulan penangkapan dua suspek tempatan di sebuah kediaman di Sungai Tengah, Jalan Matang, Rabu malam 29 April.

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd. Haide Bin A. Rahman dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan suspek yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 23 tahun dan seorang wanita berusia 19 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.10 malam.

Katanya, modus operandi suspek lelaki adalah dengan merosakkan pintu atau mengumpil tingkap rumah kebun, manakala suspek wanita bertindak sebagai pemantau di dalam kenderaan serta membantu mengangkut barangan curi menggunakan sebuah Perodua Myvi.

Antara barangan yang dilaporkan dicuri termasuk tangga aluminium, atap zink, tong gas, televisyen, kabel elektrik, serta mesin chainsaw dan brushcutter.

Hasil siasatan mendapati kesemua barangan tersebut telah dijual di pusat kitar semula sekitar Kuching bagi membiayai perbelanjaan harian serta pembelian dadah jenis syabu.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Pihak polis turut akan menjalankan saringan air kencing bagi mengesan penglibatan dadah dan tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam siri kes jenayah yang lain.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDBau #CegahJenayah

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok