BINTULU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu berjaya menahan sebuah bot tunda yang dikesan beroperasi tanpa lesen sah di perairan Kuala Kemena, Rabu pagi 30 April.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah memaklumkan bahawa bot tersebut ditahan pada kedudukan kira-kira 3 batu nautika barat laut Kuala Kemena sekitar jam 10.30 pagi.
Penahanan tersebut dilakukan menerusi pelaksanaan OP TIRIS 4.0 dan OP PERMAI 01/2019 hasil rondaan rutin agensi berkenaan.
Hasil pemeriksaan mendapati bot tunda terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) yang sah.
Jika sabit kesalahan, pemilik vesel boleh dikenakan denda sehingga RM5,000. Vesel beserta kru kini ditahan di Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.
Maritim Malaysia menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara daripada sebarang pelanggaran peraturan perkapalan.
Sumber: fb Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MaritimMalaysia #ZonMaritimBintulu #OpTiris #OpPermai #KualaKemena
Back