LUBOK ANTU - Seorang lelaki berusia awal 40-an berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di kawasan Engkilili, Rabu petang 29 April.
Suspek ditahan selepas hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Operasi selama lima jam itu diketuai oleh Inspektor Nelson anak Ensit bersama 18 anggota bertujuan untuk membanteras jenayah indeks, dadah, perjudian, serta aktiviti maksiat di kawasan hotspot. Sepanjang operasi, sebanyak 125 buah kenderaan dan 130 individu telah diperiksa, yang menyaksikan sebanyak 26 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
IPD Lubok Antu menegaskan komitmen berterusan dalam memperkasakan kehadiran polis (omnipresence) bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di seluruh daerah.
Sumber: fb IPD Lubok Antu
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDLubok Antu #OpsBersepadu
Back