PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem log masuk tunggal (Single Sign-On) sepenuhnya bagi aplikasi MyJPJ menggunakan MyDigital ID bermula 1 Mei ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, menyatakan bahawa inisiatif ini merupakan langkah strategik dalam pendigitalan perkhidmatan awam bagi memperkukuh keselamatan siber dan meningkatkan kecekapan penyampaian.
Melalui integrasi ini, pengguna hanya memerlukan satu identiti digital yang sah untuk mengakses pelbagai perkhidmatan JPJ tanpa perlu mengingati pelbagai maklumat log masuk yang berbeza.
Aplikasi MyJPJ versi baharu ini turut dipertingkatkan dengan ciri tambahan seperti fungsi mod tetamu, chatbot pintar 24 jam, serta integrasi sistem JPJeBid dan JPJeQ.
Sehubungan itu, semua pengguna berumur 12 tahun ke atas digalakkan untuk segera mendaftar MyDigital ID bagi memastikan kelancaran akses kepada lebih 14 juta pengguna sedia ada.
Walau bagaimanapun, bagi pemegang MyPR, kaedah log masuk sedia ada masih dikekalkan melalui saluran alternatif yang ditetapkan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back