PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu tular berkaitan pengisian Program Pra Gawai yang berlangsung di Bintulu, Sarawak, minggu lalu.
MOTAC dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan bahawa program tersebut adalah keraian tradisi masyarakat tempatan yang harus dilihat dari sudut positif serta dihormati mengikut kesesuaian lokaliti masing-masing.
Tindakan mensensasikan perkara berkenaan dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum yang telah lama terjalin.
Jelas kementerian itu lagi, kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing ke majlis tersebut adalah atas jemputan komuniti setempat sebagai tanda sokongan sempena sambutan perayaan Gawai yang bakal tiba.
MOTAC turut menjelaskan bahawa program itu dianjurkan sepenuhnya oleh pihak penganjur tanpa sebarang penglibatan, peruntukan, atau sokongan rasmi daripada pihak kementerian.
MOTAC kekal komited dalam mempromosikan kepelbagaian budaya di Malaysia berdasarkan prinsip hormat-menghormati bagi merapatkan jurang antara kaum menerusi platform kebudayaan dan aspirasi perpaduan negara.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MOTAC #PraGawai #Bintulu
Back