• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 April 2026 | 09:07 PM

16 Tahun Penjara, 3 Sebatan! - Lelaki Rogol Remaja OKU 13 Tahun Terima Balasan Di Mahkamah Sri Aman

SRI AMAN - Mahkamah Sesyen Sri Aman hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun dan tiga kali sebatan terhadap seorang lelaki warga emas berusia 59 tahun atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal.

Keputusan dibuat oleh Hakim Puan Intan Nurul Farena Binti Zainal Abidin, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan tempoh pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

Mengikut fakta kes, perbuatan terkutuk itu dilakukan pada Mac lalu di sebuah rumah panjang yang terletak di Lubok Nibong, Ulu Awik, Saratok.

Mangsa yang baru berusia 13 tahun merupakan golongan rentan yang sepatutnya dilindungi, namun telah menjadi mangsa eksploitasi seksual oleh tertuduh.

Pertuduhan terhadap lelaki berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan. Peruntukan sekseyen tersebut membawa hukuman penjara minimum 10 tahun sehingga maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan. Tertuduh kini telah dibawa ke Penjara Sri Aman bagi menjalani hukuman tersebut.

Sumber: fb Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MahkamahSriAman #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok