SRI AMAN - Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari kawasan sekolah Selasa pagi, 28 April.
Kanak-kanak tersebut, Law Ching Sing, yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dilaporkan hilang sekitar jam 8.40 pagi.
Kejadian berlaku ketika mangsa hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Aman bagi urusan pendaftaran kemasukan baharu.
Pihak sekolah telah mengesahkan insiden tersebut kepada pegawai JKM sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan segera.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Anak Bunyam dalam kenyataannya memaklumkan bahawa usaha pencarian kini sedang giat dijalankan dengan kerjasama pihak sekolah dan komuniti setempat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Suzy di talian 083-322035 atau 011-1403 7375.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #BudakHilang #SriAman #PDRMSarawak
Back