MUKAH - Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen P213 Mukah, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib hari ini menyantuni dua keluarga yang menjadi mangsa tragedi kebakaran di Kampung Bunut.
Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan berjumlah keseluruhan RM15,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan asas bagi meringankan beban keluarga terlibat. Pecahan sumbangan menyaksikan RM10,000 disalurkan kepada satu keluarga, manakala RM5,000 lagi diberikan kepada sebuah keluarga yang menyewa.
Dato Hajjah Hanifah turut meninjau sisa tapak kebakaran dan memberikan kata-kata semangat kepada mangsa.
Beliau menyeru agar lebih banyak pihak tampil menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa membina semula kehidupan mereka.
Hanifah turut merakamkan penghargaan kepada komuniti setempat yang telah memberikan sokongan moral dan bantuan awal kepada keluarga terjejas.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Mukah #KampungBunut #HanifahHajarTaib #P213Mukah
Back