• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 April 2026 | 06:52 PM

Ops Tapis Betong: Dua Lelaki Positif Dadah Ditahan, Miliki Rekod Lampau

BETONG - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong berjaya menahan dua lelaki tempatan dalam operasi Ops Tapis yang dijalankan tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek dalam kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua suspek yang berusia 31 dan 44 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan pemilikan dadah.

Hasil saringan awal air kencing mendapati kedua-dua lelaki berkenaan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Hasil semakan lanjut mendedahkan suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39A(2), Seksyen 12(2), dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat termasuk penjara seumur hidup dan sebatan.

Pihak polis menegaskan komitmen tinggi dalam membanteras jenayah narkotik di daerah ini secara habis-habisan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBetong #OpsTapis #PDRMSarawak #PolisDanMasyarakat

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok