BINTULU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Timbang Mudah Alih dengan kerjasama JPJ Cawangan Bintulu telah melaksanakan Ops Lebih Muatan di Jalan Kidurong, pada Selasa 28 April.
Operasi yang dijalankan secara statik itu bertujuan memantau kenderaan perdagangan dan barangan yang sering mengabaikan aspek keselamatan muatan.
Hasil pemeriksaan ke atas 35 buah kenderaan mendapati terdapat pelbagai kesalahan serius dikesan termasuk membawa muatan secara berbahaya, mengubah suai struktur kenderaan tanpa kebenaran, serta kesalahan teknikal yang lain.
Pihak JPJ Sarawak menegaskan bahawa tindakan tegas telah diambil terhadap semua pemilik kenderaan yang melanggar peraturan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
Operasi ini akan terus dipergiatkan bagi memastikan risiko kemalangan akibat kenderaan lebih muatan dapat dikurangkan demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JPJSarawak #JPJBintulu #OpsLebihMuatan
Back