• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 April 2026 | 03:54 PM

Empat Individu Dijatuhi Hukuman Di Mahkamah Majistret Bau

BAU - Mahkamah Majistret Bau pada Selasa 28 April telah menjatuhkan hukuman terhadap empat orang tertuduh atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk judi, mencuri, dan khianat hasil siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau. 

Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd. Haide Bin A. Rahman dalam satu kenyataan media mengesahkan bahawa kesemua tertuduh merupakan lelaki warga tempatan.

Antara keputusan yang diputuskan oleh mahkamah melibatkan beberapa kategori kesalahan jenayah.

Bagi kes pertama, seorang lelaki telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM2,000 di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 selepas didapati bersalah terlibat dalam aktiviti perjudian.

Manakala dalam kes berasingan, seorang individu yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri, telah dikenakan denda berjumlah RM3,500. Walau bagaimanapun, tertuduh kini diperintah menjalani hukuman penjara selama enam bulan selepas gagal menjelaskan denda berkenaan.

Seterusnya, mahkamah turut menjatuhkan hukuman terhadap seorang lagi tertuduh yang melibatkan dua pertuduhan serentak iaitu melakukan khianat dan mencuri. Bagi kesalahan pertama, individu tersebut didenda sebanyak RM3,500, sementara bagi pertuduhan kedua, mahkamah menetapkan hukuman penjara selama lima bulan.

Sementara itu, bagi kes terakhir yang membabitkan Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1958, seorang lelaki telah dikenakan denda berjumlah RM500 atas kesalahan yang dilakukan. 

PDRM Bau menegaskan komitmen berterusan dalam membawa pesalah ke muka pengadilan dan menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi memastikan keharmonian daerah ini kekal terpelihara.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDBau #PolisSarawak #MahkamahBau #CegahJenayah #PDRM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok