• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 April 2026 | 03:43 PM

TDM Patahkan Penyeludupan Dadah Di Serikin: Syabu Dan Pil Eramin Bernilai RM127,350 Dirampas

KUCHING - Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai jenis dadah ke negara jiran dalam satu operasi di kawasan sempadan Serikin, Isnin lalu (27 April).

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan kejayaan itu hasil tindakan pantas anggota Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD).

Menurut kenyataan itu, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, seorang lelaki warga Indonesia telah ditahan ketika cuba melintasi sempadan melalui laluan tidak sah bersama bungkusan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan menemukan 795 gram syabu, 250 biji pil Eramin Five, serta tiga botol cecair vape dipercayai mengandungi bahan terlarang dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM127,350.

Suspek yang juga tidak memiliki dokumen perjalanan sah itu telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

TDM menegaskan komitmen mereka dalam memperkukuh kawalan di sempadan Sarawak dan Sabah bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan secara berterusan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #TenteraDarat #1Divisyen #LawanDadah

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok