MIRI - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah melaksanakan Op Bersepadu Pencegahan Jenayah secara besar-besaran melibatkan kekuatan 34 orang pegawai dan anggota bagi memastikan keselamatan daerah ini kekal terkawal.
Operasi yang bermula jam 10.00 malam itu dimulakan dengan taklimat penugasan oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Miri, ASP Lee Yen Fang.
Strategi operasi merangkumi sekatan jalan raya (SJR), snap check, rondaan kereta peronda (MPV), serta pemeriksaan pusat hiburan.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 23 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk pengubahsuaian kenderaan dan ketiadaan lesen memandu.
Pihak polis turut menahan seorang wanita warga asing kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Selain itu, serbuan di pusat hiburan menyaksikan tiga individu ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.
IPD Miri menegaskan bahawa strategi Omnipresence atau kehadiran polis secara berterusan di kawasan perumahan dan tumpuan awam akan dipertingkatkan bagi membanteras jenayah dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan setempat.
Sumber: fb Polis Daerah Miri
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDMiri #PencegahanJenayah #OpBersepadu
Back