• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 April 2026 | 02:03 PM

TALIKHIDMAT Saluran Sehenti Aduan Rakyat Sarawak

MIRI – Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan, cadangan, pertanyaan atau maklum balas berkaitan perkhidmatan awam boleh menyalurkannya melalui platform TALIKHIDMAT.

TALIKHIDMAT yang diwujudkan oleh Jabatan Premier Sarawak berfungsi sebagai saluran komunikasi sehenti untuk menghubungkan orang awam dengan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak.

Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap aduan atau permohonan disalurkan kepada pihak yang tepat, sekali gus membolehkan tindakan serta maklum balas diberikan dengan lebih cepat dan berkesan.

Selain menerima aduan, platform berkenaan turut membuka ruang kepada orang ramai untuk mengemukakan penghargaan, cadangan penambahbaikan serta maklum balas terhadap pelbagai isu, termasuk pengangkutan awam dan tarikan pelancongan.

Antara perkara yang boleh dilaporkan ialah permintaan perkhidmatan dan maklumat seperti ketiadaan papan tanda jalan, lampu jalan, kemudahan talian telefon, pengurusan trafik pada waktu puncak, serta maklumat agensi dan pengumuman awam.

Di samping itu, orang ramai juga boleh melaporkan masalah berkaitan kemudahan awam seperti kebersihan tandas dan gerai, parit tersumbat, keadaan jalan berlubang, kehadiran anjing liar, kelewatan kutipan sampah, gangguan kemudahan awam serta kacau ganggu awam.

TALIKHIDMAT turut menerima aduan berkaitan perkhidmatan awam termasuk perkhidmatan kaunter yang tidak efisien, salahlaku penjawat awam, kelewatan atau ketiadaan tindakan, serta isu layanan tidak adil.

Pada Program Sarawakku Sayang (SKS) di Stadium Miri baru-baru ini, maklumat berkaitan penggunaan dan fungsi TALIKHIDMAT turut disediakan di reruai pameran sebagai sebahagian usaha mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok