• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 April 2026 | 11:14 AM

30 Keluarga Hilang Tempat Berteduh Dalam Kebakaran Jalan Bokara, Sandakan

SANDAKAN - Kira-kira 30 buah rumah musnah dalam satu kebakaran besar yang melanda Jalan Bokara, Kampung Karamunting, awal pagi tadi.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan pada jam 3.16 pagi sebelum menggerakkan 21 anggota ke lokasi kejadian.

Ketua BBP Sandakan, Jimmy Lagung, memaklumkan bahawa kebakaran tersebut melibatkan kawasan seluas 1.4 hektar.

Hasil tindakan pantas pihak bomba, api berjaya dikawal pada jam 4.29 pagi, sekali gus menyelamatkan kira-kira 100 buah rumah berhampiran daripada turut hangus. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.01 pagi selepas memastikan tiada lagi punca api dikesan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Insiden ini merupakan kebakaran besar kedua di Sandakan dalam bulan ini selepas tragedi di Kampung Bahagia pada 19 April lalu. 

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KebakaranSandakan #BombaMalaysia #Karamunting

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok