PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2025 bagi Kohort 2024 akan diumumkan secara rasmi pada Selasa, 30 April ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan seramai 16,240 calon yang mendaftar di 86 kolej vokasional seluruh negara boleh mendapatkan keputusan mereka bermula jam 10 pagi.
Selain mendapatkan keputusan secara fizikal di kolej masing-masing, calon juga mempunyai pilihan untuk membuat semakan secara dalam talian.
Semakan digital boleh dilakukan melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my bermula 10 pagi pada tarikh pengumuman sehingga jam 6 petang, 6 Mei depan.
KPM berharap keputusan ini akan menjadi pemangkin kepada calon untuk terus cemerlang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) demi pembangunan negara.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SVM2024 #KPM #TVETMalaysia #KolejVokasional #KeputusanSVM #Bernama
Back