KUALA LUMPUR - U Mobile mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia rangkaian 5G terbaharu negara melalui kerjasama strategik bersama Pavilion Real Estate Investment Trust (REIT) bagi membekalkan liputan 5G dalam bangunan (IBC) yang lancar di mercu tanda utama ibu kota.
Menurut kenyataan media, kolaborasi ini melibatkan pemasangan sistem 5G-Advanced (5G-A) di lokasi tumpuan tinggi termasuk Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil, Intermark Mall, serta rangkaian hotel mewah seperti Banyan Tree Kuala Lumpur.
Inisiatif ini bukan sahaja menjamin kelajuan internet yang konsisten untuk pengunjung, malah menyokong operasi bangunan pintar seperti sistem pemantauan keselamatan dan solusi parkir digital.
Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen berkata, pendekatan "ULTRA5G" syarikatnya bukan sekadar liputan luar, tetapi memberi keutamaan kepada prestasi rangkaian dalam bangunan yang kritikal bagi aplikasi perniagaan.
Sementara itu, CEO Pavilion REIT, Dato’ Phillip Ho menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah penting dalam mendigitalkan operasi hartanah mereka bagi memenuhi keperluan penyewa dan pelawat yang kian berkembang.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PavilionREIT #5GAdvanced #Ultra5G #SmartCity
Back