LAWAS - Seorang bapa berusia 28 tahun ditahan pihak polis selepas bayi lelakinya yang berusia lima bulan ditemukan dengan kesan lebam mencurigakan pada badan, dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan dalam kenyataan hari ini mengesahkan kejadian itu terbongkar pada malam Ahad lalu (26 April) apabila mangsa dibawa ke Hospital Lawas oleh ibunya untuk rawatan selesema dan batuk.
Bagaimanapun, pemeriksaan pegawai perubatan menemukan kesan kecederaan fizikal yang tidak selari dengan simptom pesakit.
Susulan laporan itu, polis menahan bapa mangsa di kediamannya.
Hasil ujian urin mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PolisLawas #KesDera #PDRMSarawak #SayangiAnak
Back