• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 April 2026 | 09:30 AM

KPDN Miri Tumpaskan Cubaan Seleweng Diesel: Kenderaan Disita

MIRI - Bahagian Penguat Kuasa KPDN Cawangan Miri berjaya mematahkan kegiatan penyelewengan barang kawalan selepas menahan sebuah kenderaan persendirian dalam satu serbuan pada Selasa 28 April.

Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan pemasangan tangki kanvas yang mengandungi kira-kira 300 liter minyak diesel.

Walaupun nilai bahan api tersebut dianggarkan berjumlah RM645, pihak KPDN turut menyita kenderaan dan peralatan berkaitan dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM101,305.

Kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun, manakala syarikat boleh berdepan denda sehingga RM2 juta.

KPDN Miri menegaskan bahawa pemantauan di stesen minyak akan diperketatkan.

Penjualan bahan api melebihi 20 liter ke dalam bekas selain tangki asal kenderaan tanpa permit adalah dilarang sama sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menyalurkan aduan melalui WhatsApp di talian 019-8488000 atau portal e-Aduan KPDN.

Sumber: fb KPDN Miri 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KPDNMiri #Diesel #SarawakUpdate

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok