PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggesa orang ramai agar berwaspada dengan penyebaran iklan jawatan kosong palsu yang kini tular di media sosial. Iklan tersebut dikesan menggunakan logo rasmi jabatan serta menyertakan kod respons pantas (QR) untuk memperdaya mangsa.
JPJ dalam kenyataan hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan iklan sedemikian dan telah menerima aduan daripada orang awam yang keliru dengan promosi berkenaan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran iklan daripada akaun yang tidak sah bagi mengelakkan risiko penipuan atau kerugian," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat lanjut boleh dibuat terus melalui saluran rasmi JPJ atau melalui sistem aduan https://jpj.spab.gov.my/.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JPJ #IklanPalsu #ScamAlert
Back