LUBOK ANTU - Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu berjaya menahan dua lelaki tempatan selepas didapati memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan di kawasan Engkilili, Isnin pagi 27 April.
Suspek yang berusia 39 dan 53 tahun itu ditahan hasil pemeriksaan rapi pihak polis.
Dalam serbuan tersebut, salah seorang suspek bertindak menyerahkan sendiri satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki syabu dengan anggaran berat 0.37 gram.
Meskipun memiliki bahan terlarang, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif daripada sebarang pengaruh dadah.
Siasatan lanjut turut mendedahkan salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah.
Kes kini disiasat di bawah peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952.
IPD Lubok Antu menegaskan komitmen mereka untuk terus melancarkan operasi membanteras aktiviti dadah secara berterusan demi menjamin kesejahteraan komuniti di daerah tersebut.
Sumber: fb IPD Lubok Antu
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDLubokAntu #Engkilili #PDRMSarawak #BanterasDadah
Back