TUARAN - Lima individu cedera selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat suspek kes kecurian kabel terlibat dalam kemalangan ngeri ketika cuba melarikan diri daripada buruan polis di Kampung Berungis, awal pagi tadi.
Dalam insiden kira-kira jam 4.44 pagi itu, Toyota Hilux Vigo yang dinaiki suspek dilaporkan memecut laju sebelum hilang kawalan dan merempuh sebuah Isuzu Invader yang dipandu oleh seorang warga emas.
Impak pelanggaran yang kuat menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan, memaksa pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran mengesahkan lapan anggota telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat. Kesemua mangsa kini menerima rawatan di hospital di bawah pengawasan ketat pihak polis.
Kes dijangka disiasat merangkumi jenayah kecurian kabel serta kesalahan trafik yang dilakukan semasa cubaan melarikan diri.
Sumber: fb Info Kemalangan & Bencana Malaysia
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #Tuaran #SabahNews #PDRMSabah
Back