KUALA LUMPUR - Empat pemimpin muda daripada Kelab Toastmasters AZAM Young Souls (AYS) terpilih mewakili Sarawak ke Persidangan Tahunan Toastmasters International Daerah 75 yang akan berlangsung di Pampanga, Filipina.
Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan besar memandangkan kelab AYS diiktiraf sebagai antara kelab berprestasi terbaik di bawah Daerah 87 (Malaysia Timur, Brunei, dan Indonesia).
Delegasi yang terdiri daripada Ryshaune Lee, Arwen Zahra Raees, Claire Ngei, dan Mohamad Isma hadir sebagai jemputan khas untuk menimba pengalaman di peringkat ASEAN.
Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali bin Suhaili, menegaskan bahawa penglibatan ini adalah langkah bermakna dalam melahirkan belia Sarawak yang yakin dan berdaya saing di peringkat global.
Sebelum ini, kelab AYS telah membuat kemunculan sulung antarabangsa yang berjaya di Bandung, Indonesia pada tahun 2025.
Penyertaan di Filipina ini bertujuan memberi pendedahan kepada gaya komunikasi antarabangsa dan memperluas rangkaian profesional, selaras dengan semangat "Grow the Youth, Grow Sarawak".
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #AZAMYoung Souls #AYSToastmasters #ToastmastersInternational
Back