KUCHING - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, 25 April 2026.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan memaklumkan individu yang hilang dikenali sebagai Carlos Vaildon David, berusia 26 tahun.
Mangsa yang berbangsa Bidayuh itu bekerja sebagai seorang jurujual dan mempunyai alamat terakhir di No. 25, Lot 4417, Taman Desa Permai, Jalan Dato Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan.
Berdasarkan maklumat awal, mangsa kali terakhir dilihat menggunakan kenderaan jenis Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran QAQ 5824.
Semasa keluar dari rumah, Carlos dilaporkan memakai baju T-shirt berwarna hitam yang mempunyai tulisan 'SWITCH', seluar tracksuit bottom berwarna hitam serta kasut sukan jenama New Balance yang juga berwarna hitam.
Sehubungan itu, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan lokasi mangsa atau ternampak kenderaan dengan nombor plat berkenaan untuk segera menyalurkan maklumat.
Orang ramai boleh menghubungi Ketua Polis Balai Sekama, ASP Simon Anak Renang di talian 016-8547803 atau terus ke Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444.
Maklumat juga boleh disalurkan di mana-mana balai polis yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #OrangHilang #IPDKuching #PDRMSarawak
Back