HORSENS (Denmark) - Skuad Piala Thomas Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Kejohanan Piala Thomas 2026 selepas berjaya menewaskan Finland 4-1 dalam aksi kedua Kumpulan B di Forum Horsens, malam tadi.
Meskipun bermula goyah apabila perseorangan utama, Leong Jun Hao tewas mengejut kepada Joakim Oldorff, skuad negara tidak membiarkan tekanan tersebut berlarutan.
Kebangkitan Malaysia dimulakan oleh Justin Hoh yang menyamakan kedudukan, sebelum bintang profesional Lee Zii Jia meletakkan Malaysia di hadapan dengan mata ketiga.
Kemenangan mutlak disahkan oleh gandingan beregu utama, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menewaskan lawan dalam aksi straight set. Menambah keceriaan, gandingan baharu Soh Wooi Yik dan Tee Kai Wun melengkapkan mata keempat buat pasukan negara.
Kemenangan ini menyaksikan Malaysia, juara lima kali kejohanan, bakal berdepan cabaran getir menentang Jepun pada Rabu ini bagi menentukan juara Kumpulan B.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PialaThomas2026 #Horsens2026
Back