• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 April 2026 | 08:54 AM

Rasmi: Delta Sarawak Kini Unesco Global Geopark! Sejarah Tercipta di Paris

PARIS - Sarawak secara rasmi mengukuhkan kedudukannya di peta dunia apabila Delta Sarawak diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) dalam satu majlis bersejarah di Ibu Pejabat UNESCO di sini, semalam.

Pengiktirafan berprestij itu melibatkan kawasan seluas 3,112 kilometer persegi, merangkumi 2,685 kilometer persegi kawasan daratan dan 427 kilometer persegi kawasan laut yang meliputi Bahagian Kuching serta sebahagian Bahagian Serian.

Sijil pengiktirafan telah disampaikan oleh Ketua Seksyen Sains Bumi dan Geopark UNESCO, Kristof Vandenberghe kepada Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Keunikan Delta Sarawak terserlah menerusi warisan geologi bertaraf antarabangsa, termasuk sistem sungai yang kompleks dan landskap pesisir yang menyimpan sejarah bumi jutaan tahun.

Selain biodiversiti yang kaya seperti hutan paya bakau dan gambut, kawasan ini turut menjadi habitat kepada komuniti tempatan yang memiliki warisan budaya yang unik.

Datuk Len Talif yang mengetuai delegasi Sarawak menegaskan bahawa status baharu ini bakal merangsang pembangunan eko-pelancongan serta memperkukuh ekonomi tempatan selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) dalam memacu ekonomi hijau di rantau Asia Tenggara.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SarawakDeltaGeopark #UNESCO #DatukLenTalif

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok