HORSENS (Denmark) - Skuad Piala Uber Malaysia mengesahkan tempat sebagai naib juara Kumpulan B selepas tewas 1-4 kepada pilihan utama, Jepun, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Forum Horsens, malam tadi.
Meskipun tewas, perlawanan tersebut diserikan dengan kejutan luar biasa daripada pasangan muda negara, Low Zi Yu–Noraqilah Maisarah Ramdan.
Beregu negara itu mempamerkan aksi luar biasa apabila berjaya menumbangkan gandingan ranking ke-7 dunia, Rin Iwanaga–Kie Nakanishi menerusi drama tiga set 21-17, 12-21, 21-19 dalam tempoh 64 minit.
Terdahulu, perseorangan utama K. Letshanaa hampir mengejutkan juara dunia tiga kali, Akane Yamaguchi, sebelum akur dengan keputusan 19-21, 17-21.
Jepun kemudiannya mengesahkan status juara kumpulan menerusi kemenangan Yuki Fukushima–Mayu Matsumoto dan Tomoka Miyazaki.
Aksi terakhir melibatkan Goh Jin Wei pula terpaksa dihentikan selepas beliau menarik diri pada set kedua akibat masalah kesihatan.
Malaysia yang sudah mengesahkan tiket suku akhir lebih awal kini menanti undian rasmi esok untuk menentukan lawan antara juara kumpulan lain seperti China, Indonesia, atau Korea Selatan bagi perebutan slot ke separuh akhir pada Khamis ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #UberCup2026 #Horsens2026
Back