• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 April 2026 | 04:15 PM

Suspek Di Bawah Pengawasan Polis Dicekup Curi Telefon & Wang Tunai

SARATOK - Seorang lelaki dalam pengawasan polis (OPP) yang mempunyai 14 rekod jenayah lampau sekali lagi ditahan selepas disyaki menceroboh sebuah kediaman di Kampung Melango, pada Ahad 26 April.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan suspek berusia 28 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Kampung Hulu, Saratok, sejurus laporan polis diterima daripada seorang suri rumah berusia 50 tahun.

Beliau berkata suspek dipercayai menceroboh masuk melalui pintu dapur yang tidak berkunci sebelum melarikan dua unit telefon bimbit (Vivo dan Redmi) serta wang tunai berjumlah RM700.

"Hasil siasatan mendapati suspek yang baru diberhentikan kerja sebagai tukang cuci kereta itu mengaku melakukan jenayah tersebut secara bersendirian. Wang hasil curian tersebut dilaporkan telah dibelanjakan untuk membeli makanan serta bekalan dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSaratok #SaratokUpdate #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok