• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 April 2026 | 03:54 PM

FTES Ringankan Beban Pelajar, Perkasa Pendidikan Tinggi di Sarawak

MIRI - Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) yang diperkenalkan kerajaan Sarawak membuka peluang lebih luas kepada anak negeri melanjutkan pengajian tanpa dibebani kekangan kewangan.

Pada majlis perasmian Program Sarawakku Sayang (SKS) di Stadium Miri baru-baru ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah menyempurnakan simbolik penyerahan skim berkenaan kepada para pelajar berkenaan.

Di bawah FTES, selain yuran ditanggung, elaun sehingga RM15,000 setahun diberikan kepada pelajar daripada isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

Beberapa penuntut Curtin University Malaysia yang ditemui menyifatkan skim itu telah mengubah landskap pembelajaran mereka serta membolehkan mereka memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kecemerlangan akademik.

Pelajar Kejuruteraan Elektrik, Aaron Vigory Sugandy, 20 tahun, mengakui bantuan tersebut amat meringankan beban keluarganya.

Beliau bertekad untuk membalas jasa kerajaan dengan memberikan prestasi terbaik dalam pengajian.

Penuntut Kejuruteraan Tenaga Chloe Wong Ji Yan, 21 tahun, pula berkata ketiadaan kebimbangan mengenai yuran pengajian membolehkan beliau lebih fokus dalam pelajaran.

Turut memberi pandangan yang sama, pelajar bidang Perdagangan dalam Kewangan dan Pengurusan, Jeremy Lawai Andrew, 21 tahun berkata skim itu telah memudahkan perjalanan pengajiannya.

Bagi Irdina Qahirah Dobby Ismandi, 20 tahun, yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan, FTES memberi sumber harapan baharu kepada pelajar Sarawak terutama mereka yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pelaksanaan FTES mencerminkan visi besar Kerajaan Sarawak dalam mempersiapkan generasi muda sebagai penggerak ekonomi negeri.

Dengan akses pendidikan yang lebih luas, Sarawak kini berada di landasan yang tepat untuk melahirkan modal insan kelas dunia.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok