KUCHING - Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan pihak polis selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap dua orang pelajar lelaki di sebuah apartment di sini, semalam.
Polis Daerah Kuching di Facebook rasminya, mengesahkan laporan dibuat oleh salah seorang mangsa yang berusia 13 tahun pada jam 5.12 petang.
Menurut fakta kes, mangsa dan rakannya telah bermalam di kediaman suspek pada 24 April lalu bagi tujuan menghadiri kelas tuisyen.
Kejadian didakwa berlaku sekitar jam 3.00 pagi keesokannya semasa mangsa sedang tidur, di mana suspek bertindak memegang kemaluan mangsa serta rakannya.
Bertindak pantas atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah berjaya menahan suspek untuk siasatan lanjut.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai sejarah jenayah lampau.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: fb Polis Daerah Kuching
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMKuching #AmangSeksual #StopChildAbuse
Back