MIRI – Para petani di Sarawak digalakkan untuk mendaftar sebagai petani melalui portal rasmi https://sarawak.gov.my bagi membolehkan mereka mengakses pelbagai perkhidmatan serta permohonan skim bantuan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak.
Pendaftaran ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak dan terlibat dalam aktiviti pertanian.
Ia melibatkan individu yang terlibat dalam pengeluaran pertanian dan ternakan, pemprosesan hiliran, atau mereka yang menjana pendapatan daripada aktiviti pertanian dan ternakan.
Sepanjang tiga hari penganjuran Program Sarawakku Sayang (SKS) di Stadium Miri, Jabatan Pertanian Sarawak membuka reruai pameran bagi memberi penerangan berkaitan pendaftaran tersebut.
Inisiatif itu bertujuan menggalakkan lebih ramai petani, untuk mendaftar serta memanfaatkan kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh jabatan berkenaan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back