KUCHING - Kerjasama strategik antara KPDN Sarawak dan JPJ Sarawak melalui Ops Tiris 4.0 berjaya mematahkan cubaan penyelewengan bahan api bersubsidi dalam operasi yang dijalankan di dua lokasi utama di sekitar bandar raya ini, semalam 26 April.
Operasi yang tertumpu di Jalan Tun Salahuddin (Tol) dan Jalan Kuching–Serian (Batu 8) itu diketuai bersama oleh Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin dan Ketua Seksyen Operasi JPJ, Saifullah Haji Ali.
Hasil serbuan, pihak KPDN berjaya mengesan sebuah lori yang telah diubah suai khas untuk membawa muatan diesel dianggarkan berjumlah 600 hingga 700 liter.
Kenderaan tersebut telah disita serta-merta untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Dalam operasi yang sama, pihak JPJ turut menyita sebuah lori jenis luton selepas didapati melakukan kesalahan serius iaitu tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta tidak memiliki perlindungan insurans.
Langkah tegas ini diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain dan ketelusan dalam pengedaran barangan kawalan di negeri ini.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KPDNSarawak #JPJSarawak #OpsTiris
Back