MIRI - Seorang lelaki tempatan berusia awal 40-an mengalami kerugian besar berjumlah RM257,408 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah mengesahkan mangsa mula mengenali seorang wanita melalui aplikasi RedNote pada awal Mac lalu sebelum meneruskan perbualan di WhatsApp. Suspek kemudiannya memperdaya mangsa dengan tawaran pelaburan modal yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.
Terpedaya dengan janji tersebut, mangsa telah memuat turun aplikasi 'Everwise' melalui Google Playstore atas arahan suspek. Dalam tempoh singkat, mangsa telah melakukan 17 transaksi pindahan wang ke empat akaun bank berbeza.
Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas suspek berterusan meminta bayaran tambahan sedangkan keuntungan yang dijanjikan tidak pernah diperoleh. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMMiri #ScamAlert #PelaburanTidalkWujud #SemakMule
Back