HORSENS (Denmark) - Skuad badminton wanita Malaysia melakar sejarah manis apabila berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala Uber buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun.
Kejayaan tersebut disahkan selepas pasukan negara mempamerkan aksi dominan dengan membelasah Afrika Selatan 5-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan B di Forum Horsens, malam tadi. Kemenangan ini menyamai pencapaian terbaik negara pada edisi 2004, 2008, dan 2010.
Rentak kemenangan dimulakan oleh pemain perseorangan utama, K. Letshanaa, yang hanya memerlukan 22 minit untuk menewaskan Johanita Scholtz. Momentum tersebut diteruskan oleh Wong Ling Ching dan Siti Zulaikha Muhammad Azmi yang mengesahkan mata kemenangan ketiga negara.
Dua pasangan beregu negara, Ong Xin Yee–Carmen Ting dan gandingan debutan Chong Jie Yu–Low Zi Yu, melengkapkan malam gemilang Malaysia dengan kemenangan bersih, sekali gus memastikan kedudukan selesa buat pasukan sebelum berdepan gergasi dunia, Jepun, esok.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #UberCup2026 #Horsens2026 #SukuAkhir
Back