KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, melakar sejarah baharu dalam kepimpinan pertubuhan kebajikan apabila dilantik sebagai Naib Ketua Wanita I PERKIM Kebangsaan bagi sesi 2026-2029.
Kemenangan tanpa bertanding itu diumumkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Wanita PERKIM Kebangsaan Kali Ke-46 di sini, semalam 26 April.
Pelantikan tersebut memperlihatkan keyakinan utuh ahli pertubuhan terhadap kredibiliti beliau yang juga merupakan Pengerusi PERKIM Bahagian Sarawak.
Dalam mesyuarat tersebut, Yang Teramat Mulia, Tuanku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Al-Haj kekal menerajui organisasi sebagai Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan.
Dato Hajjah Hanifah dalam ucapannya menegaskan komitmen untuk memperkasa fungsi wanita dalam aspek kebajikan, pendidikan, dan kesihatan.
Beliau turut menyeru kaum wanita agar memfokuskan kepada pengamalan gaya hidup sihat sebagai teras pembentukan institusi keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PERKIM #WanitaPERKIM #HanifahHajarTaib
Back