• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 April 2026 | 10:15 AM

TPM Fadillah Yusof Rasmi Buku Karya Bapa Saudara; Imbau Perjuangan Ibu Bapa Menentang Penjajah

SIBU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof semalam 26 April menyempurnakan pelancaran buku “Secebis Kisah Perjuangan Bangsa: Ikhlasnya Pengorbanan, Indahnya Kemerdekaan”, sebuah naskhah sejarah yang merakamkan titisan darah dan air mata pejuang Sarawak di Sibu.

Karya nukilan Allahyarham Haji Hamdan Haji Marais (Pak Den) itu membawa makna yang sangat peribadi buat Datuk Seri Fadillah.

Selain penulisnya merupakan bapa saudara beliau, naskhah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini turut mendokumentasikan perjuangan Allahyarham ibu bapa beliau, Haji Yusof Haji Marais dan Rosnah Abang Madeli, dalam gerakan menentang penjajah British.

"Buku ini bukan sekadar catatan sejarah, tetapi satu rakaman penuh emosi tentang perjuangan anak Sarawak dalam membina jati diri dan mempertahankan maruah tanah air," ujar beliau semasa majlis pelancaran tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa sejarah yang merangkumi gerakan anti-cession, pengorbanan Rosli Dhoby, dan kumpulan Rukun 13 ini perlu terus dipelihara agar generasi muda memahami bahawa kemakmuran hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu.

Sumber: fb Fadillah Yusof 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #FadillahYusof #PerjuanganBangsa #DBP

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok