• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 April 2026 | 04:59 PM

Padah Berhibur Dengan Dadah: 16 Individu Ditahan Dalam Serbuan Premis Hiburan Di Jalan Canna

KUCHING - Kegembiraan sekumpulan pengunjung di sebuah premis hiburan di Jalan Canna bertukar menjadi mimpi ngeri apabila 16 daripada mereka ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, mengesahkan operasi yang dijalankan pada jam 1.15 pagi itu melibatkan pemeriksaan ke atas 29 individu.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati 16 orang (termasuk lelaki dan wanita) positif pelbagai jenis dadah dan kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain tangkapan pengunjung, pihak polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang disyaki memiliki 5.17 gram dadah jenis ketamin.

Suspek yang didapati positif tiga jenis dadah (Amphetamine, Methamphetamine, dan Benzo) itu kini direman selama empat hari sehingga 30 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama.

Operasi bersepadu ini dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching dengan sokongan JSJ serta JSJN IPK Sarawak bagi memastikan pusat hiburan di sekitar bandar raya ini bebas daripada aktiviti narkotik.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMKuching #SerbuanJalanCanna #NarkotikSarawak 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok