• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 April 2026 | 04:44 PM

Taktik Sorok Diesel Dalam Kia Sorento Terbongkar, Dua Lelaki Ditahan KPDN Sarawak

KUCHING - Kreativiti negatif seorang lelaki berusia 30-an yang mengubah suai tempat duduk belakang kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Kia Sorento miliknya dengan tangki kanvas berisi diesel akhirnya memakan diri apabila ditahan penguat kuasa KPDN Sarawak.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin, berkata suspek ditahan di sebuah stesen minyak di laluan Batu Kawa – Moyan Link kira-kira jam 8.03 malam, Jumaat lalu 24 April.

"Hasil pemeriksaan menemukan kira-kira 600 liter minyak diesel bernilai RM1,290 beserta pam elektrik dan hos yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyelewengan," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu pada hari yang sama, Ops Statik di lokasi serupa turut menahan seorang lagi lelaki berusia 30-an yang memandu Nissan Frontier. Pemeriksaan menemukan 160 liter diesel yang disimpan di dalam 16 unit tong di dalam kenderaan berkenaan.

Kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun bagi individu jika sabit kesalahan.

KPDN Sarawak memberi amaran keras terhadap mana-mana pihak yang cuba menyalahgunakan barangan kawalan demi keuntungan peribadi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KPDNSarawak #OpsStatik #BatuKawa

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok